Saturday, 17 March 2018
Wednesday, 14 March 2018
TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI ZON SAYYIDINA ZUBAIR AL AWWAM r.a
Jutaan tahniah kepada semua ahli zon Sayyidina Zubair Al Awwam r.a di atas kejayaan yang dicapai dalam sesi pengauditanyang dibuat oleh Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA JKSTR bagi sesi pengauditan Bil 1/2017 dan Bil. 2/2017. Penat lelah yang kita buat akhirnya membuahkan hasil. Teruskan kejayaan ahli ZON SAYYIDINA ZUBAIR AL AWWAM r.a. Kita kekalkan prestasi kita.
Audit EKSA Bil 1/2017
1. Zon EKSA Terbaik Tempat Pertama
Audit EKSA Bil. 2/2017
1. Zon EKSA Terbaik Tempat Ketiga
2. Sudut EKSA Terbaik
Sunday, 11 March 2018
GOTONG ROYONG PERDANA EKSA
Bagi persediaan untuk menghadapi Audit Persijilan Semula EKSA oleh Pihak MAMPU, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu gotong royong perdana pada 8 Mac 2018. Gotong royong ini bertujuan untuk memastikan semua zon bersedia untuk diaudit disamping untuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi audit persijilan semula. maka Zon Sayyidina Zubair Al Awwam r.a juga tidak berkecuali mengambil bahagian di dalam gotong royong perdana itu.
Wednesday, 21 February 2018
Thursday, 28 December 2017
PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN
Memandangkan aspek keselamatn merupakan salah satu eleman yang penting di dalam pelaksanaan EKSA, Zon Sayyidina Zubair Al Awwam r.a telah mengambil inisiatif dengan menjemput Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Daerah Hulu Terengganu bagi memberi taklimat dan pendedahan mengenai pentingnya aspek keselamatan. Kakitangan diberikan pendedahan bagaimana untuk bertindak apabila berlaku kecemasan.
Malah pada 14 Disember 2017 wakil daripada Zon Sayyidina Zubair Al Awwam r.a juga telah terlibat dengan Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan kerjasama pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Wednesday, 8 November 2017
AUDIT EKSA BIL 2/2017
Pada 7/11/2017 Zon Sayyidina Zubair Al Awwam r.a telah diaudit oleh Pasukan Audit Dalaman EKSA JKSTR.
Terima kasih kepada Pasukan Audit Dalam EKSA dan jutaan penghargaan kepada semua ahli zon di atas kerjasama sepanjang tempoh pengauditan dilakukan.
Thursday, 2 November 2017
AUDIT DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BIL. 2/2017
Pasukan Audit Dalaman EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) akan mengadakan Audit dalam EKSA Bil. 2/2017 di semua zon bermula 5 sehingga 9 November 2017. Oleh kerana lokasi audit akan dipilih secara rawak maka diharapkan semua ahli Zon Saidina Zubair bin Al-Awwam r.a bersedia dengan audit yang dijalankan dan dapat memberikan kerjasama semasa proses pengauditan berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
AUDIT EKSA BIL.2/2019.....TERIMA KASIH PASUKAN AUDIT DALAM EKSA JKSTR
Pada 26 Disember 2019 Zon Sayyidina Zubair Al Awwam telah diaudit oleh pasukan audit dalam JKSTR. Terima kasih di atas pengauditan dan kami...
-
Pada 26 Disember 2019 Zon Sayyidina Zubair Al Awwam telah diaudit oleh pasukan audit dalam JKSTR. Terima kasih di atas pengauditan dan kami...
-
Pasukan audit dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA) akan menjalankan pengauditan Bil. 1/2019 bermula pada 17 Februari 2019 se...




































